Tuesday

Ulang Tahun Ritz

Pada hari ini Kak Lin sangat gembira kerana Boy Kak Lin, Ritz menyambut birthdaynya yang pertama.. Kak Lin menyambut birthday ini secara sederhana kerana sibuklah konon-kononnya.. Kak Lin hanya menyediakan mee hun goreng udang kering, udang sepit biru masak goreng minyak tanpa kolestrol, potato french fries bertahta sausage dan ketam ball, sambal tempe tauhu tomato tengah hari punya di panaskan sekali lagi kempen recycle (kih.. kih.. kih..), fruit cocktail tanpa alkohol, red dragon fruit yang kulitnya telah di kupas dan di buang, Fruit cheese cake with fresh cream, nasi kosong dan air kosong. Kak Lin menyediakan mee hun goreng kerana Ritz memang suka makan mee hun (untuk pengetahuan gemmanya.. kih..kih..kih..)Ketika menyambut Birthday, anak-anak Kak Lin tidak akan menghiraukan tentang hadiah, tidak menghiraukan makanan yang dihidangkan (masak buat ddy makan sajak). Mereka hanya inginkan nyanyi lagu birthday dan meniup lilin serta buah cherry di atas kek.. itu saja yang buatkan diaorang happy.. Tapi pada birthday Ritz malam ni, Ritz masih lagi blur-blur (baru setahun lah), yang tersangat gembira girl Kak Lin, si Emy. Emy lah yang terasa seronok sangat termasuk Kak Lin sendiri. Kak Lin berasa gembira kerana macam baru saja Kak Lin melahirkan Ritz, pejam-celik-pejam-celik, dah setahun, besar panjang pula tu.. berat lagi.. macam mau kalahkan berat kakaknya pula. Gigi atas ada 4 batang dan gigi bawah ada 2 batang. Sekarang ni Ritz tengah ketagih berjalan dan memanjat. Setakat disini saja yang Kak Lin ingin luahkan pada hari ini. Semoga pengunjung-pengunjung weblog Kak Lin dapat mendoakan kesejahteraan rumahtangga Kak Lin, kesihatan keluarga Kak Lin dan di murahkan rezeki. Sekian sehingga bertemu lagi di luahan yang lain selepas ini. Sekian dan Terima Kasih.

No comments: