Sunday

Video 2 beradik

Gambaran video ini Lin ambil ketika Ritz berusia 3 bulan. Saksikanlah tayangan pendek ini yang diambil secara tidak dirancang. Semoga pembaca blog Lin dapat mendoakan kesihatan anak Lin berpanjangan.

Wednesday

Omelette Belachan

Semenjak berpindah ke PARIS, Kak Lin merasakan selera makan Kak Lin dan Keluarga berkurangan kerana mengenangkan tempat lama Kak Lin dan juga rakan-rakan Kak Lin. Bagi mengembalikan selera makan, Kak Lin teringat satu resepi. Rakan-rakan blog Kak Lin boleh mencuba resepi ini sendiri di rumah dan boleh bagi feed back pada Kak Lin di ruangan komen di bawah. Kak Lin menggelarkan resepi ini sebagai Belacan Goreng, anak Kak Lin pula menggelarkannya Telur Belacan manakala suami Kak Lin, superzam menggelarkannya Omelette Belachan. Marilah cuba dan boleh kemukakan pada suami anda, jika kaum suami kurang selera makan, makanan yang kita masak.. Suruh sajalah mereka masak sendiri Omelette Belachan ini..

Xx

Bahan-bahannya:- -Belacan sebesar ibu jari.. jari tangan bukannya jari kaki, -Bawang Merah 4 biji.. potong akarnya dan kupas kulitnya, -Bawang Putih 3 ulas.. -Telur Ayam 1 biji yang belum menetas, -Ajinomoto dan garam secukup rasa, -Lada pedas atau cili api yang tak ada api.

Cara-cara:- Lumatkan belacan, bawang merah, bawang putih dan cili api, campurkan sedikit garam dan secukup rasa ajinomoto. Gaulkan dengan telur ayam sehingga sebati. Dan gorengkan jangan sampai hangus.. Semoga berjaya menaikan nafsu makan ketika hilang selera makan.

Yang Tersayang

Kak Lin mempunyai 2 orang cahaya mata, seorang perempuan dan seorang lelaki. Kak Lin mempunyai pengalaman yang berbeza ketika membesarkan kedua-dua anak Kak Lin. Yang perempuan dengan ragamnya yang lembut serta penakut manakala yang lelaki dengan kenakalannya dan kedegilannya. Ragam di antara anak lelaki dengan anak perempuan sangat berbeza dan pelbagai boleh di ceritakan di sini. Kak Lin akan mengambil kesempatan di lain masa untuk menceritakan dengan lebih lanjut perbezaan di antara anak perempuan dan anak lelaki yang Kak Lin alami semenjak mereka masih berada dalam perut lagi. Nantikan lah..!! Sekian dan pastikan sentiasa melawati laman blog Kak Lin.